Saturday, November 5, 2011

Tutorial 5 - Variable

Tutorial kali ni kita akan belajar satu benda yang dipanggil variable.

Variable ni lebih kurang macam tempat untuk simpan satu data. Kat sekolah kan kita ada belajar matematik macam "x = 5". Dia lebih kurang macam tu. Sama tapi tak serupa.

Sekarang cuba tulis coding ni:

pengenalan kepada variable


Kat line 6 tu kita declare variable yang bernama "nombor". Maksudnya dekat line 6 ni kita bagitau kat komputer suruh dia sediakan satu tempat untuk data jenis integer dan labelkan tempat tu sebagai "nombor".

Kat line 7 pula kita masukkan 5 ke variable "nombor" tadi. Ingat, tanda '=' dalam Java bukan bermaksud 'sama dengan' tapi sebenarnya assignment operator. Maksudnya kita masukkan data yang belah kanan tanda '=' ke dalam variable yang kat belah kiri.

Yang line 9 tu, kita guna kaedah sebelum ni untuk tengok kat skrin benda apa ada pada variable "nombor" tu. Perasan tak yang sebelum ni kita ada bubuh koma atas kat dalam kurungan tu. Dia nampak macam ni, System.out.println("Hello Blogger");

Koma atas tu untuk kita bagitau komputer yang benda tu adalah data jenis string. String ni macam ayat la lebih kurang.

Ok, sambung balik. Lepas dah tulis coding tu, cuba run. Hasilnya:
5

Dekat line 9 tu, kita suruh komputer paparkan variable "nombor". Jadi, apa-apa saja yang ada dalam variable "nombor" akan dipaparkan.

Set dalam kepala anda yang variable ni merupakan tempat simpan data dan hanya akan pegang satu data sahaja pada satu masa.

Sekarang cuba pula tulis coding ni:

satu nilai pada satu masa


Kat line 8 ada tambah satu lagi statement. Kita suruh komputer masukkan 10 ke dalam variable "nombor" yang sebelum tu dah ada 5. Ingat satu variable hanya boleh pegang satu data sahaja pada satu masa.

Lepas kita run coding ni hasilnya:
10

Data yang lama dah takde, diganti dengan data yang baru.

Itu saja untuk pengenalan dengan variable. Variable ni banyak gunanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India