Friday, November 4, 2011

Tutorial 2 - Cara Nak Run Program Java

Update 26 Jun 2015: Disebabkan ada yang tak boleh save ke folder bin, sila ikut tutorial video di bawah. Punca anda tak boleh save ke dalam folder bin adalah disebabkan folder anda memerlukan Administrator permission.



Untuk Tutorial Java yang kedua ni, kita akan belajar macam mana nak run program Java.

Sebelum nak run program, mesti la kena ada program dia. Dan kalau nak buat program dia, mesti la kena buat coding dulu kan...

Untuk tutorial ni kita akan buat program yang akan keluarkan ayat "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola" pada skrin.

Mula-mula buka text editor yang anda ada, tak kisah la notepad ke notepad++ ke. Lepas tu tulis coding ni, kalau "rajin" boleh copy n paste:

public class mangkuk {

public static void main(String[] args) {

System.out.println("Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola");

}

}


Ok, jangan pening. Ingat, tutorial ni kita nak tengok macam mana nak run program Java sahaja, belum start belajar coding dia lagi. Mula-mula tak payah ambik tau sangat pasal coding ni, ikut je dulu. Nanti akan datang kita akan belajar maksud perkataan-perkataan alien tu.

Dah siap tulis, save sebagai "mangkuk.java" dalam folder bin kat "C:\Program Files\Java\jdk1.6.0_29\bin". Yang folder bin tu kalau anda install JDK kat tempat default, kalau install kat tempat lain, pandai-pandai la cari ya...

Kemudian, buka command prompt. Tukar path ke folder bin yang save "mangkuk.java" tadi. Cara dia tulis "cd C:\Program Files\Java\jdk1.6.0_29\bin". Lagi sekali path tu bergantung kat mana anda install JDK.

Yang bahagian "cd C:\..." tu bukan Java, yang tu cuma cara nak guna Command Prompt je.
Ok, sambung balik. Lepas dah tukar path, tulis "javac mangkuk.java", tekan Enter.

javac ni untuk kita suruh komputer compile kita punya coding tadi.

Dah siap compile dan inshaAllah tak ada error, baru la kita akan run kita punya program tu. Cara dia tulis kat command prompt, "java mangkuk", tekan Enter. Tadaa... maka terpampang lah hasil kita punya program tu.

javac compile guna command prompt


Jadi, dah nampak kan macam mana nak run program Java. Itu saja lah untuk tutorial kita yang kedua ni, kalau ada soalan boleh tanya kat kotak komen kat bawah.

Maka setelah anda habis membaca dan mencuba tutorial ni, secara rasminya anda telah bergelar seorang programmer. Seronok kan?

17 comments:

Adiza said...

salam, kenapa lepas compile je dia popup notepad yg kita tulis coding tu balik ? aku ada silap step ke ? aku pakai windows 7 64 bit

An said...

@Adiza Wow, macam mana boleh jadi macam tu? Cuba check path dia, kot2 typo mana2... Kalau masih tak boleh jugak, saya cadangkan awak guna Eclipse saje, tak payah pening2, boleh check tutorial 3... Selamat mencuba =)

Mohd Sabrie said...

alamak..mcm susah je nak belajar code java ni.. http://yieweezer5915.blogspot.com/

ziccotuai said...

nak save x bleh lah brother...

c:/mangkuk.java
you don't have permission to save in this location.contact the administrator to obtain permission.

would you like to save in the my documents folder instead?

Anonymous said...

kalau nak buat lakaran dalam java then bole link dengan fail lain, tapi tak daapt.. nak buat macam mana yee??

Unknown said...

terima kasih pada tuan punya Website ini amat membantu saya .. jika sebelum ini nak tulis coding .. nak compile .. nak run output pun saya tak tau .... now dah tahu .. terima kasih

An said...

@tuai84
Eh, kenapa pergi ke C:/ pulak tu? Takpe2, kalau tak boleh yang ni boleh cuba guna Eclipse macam kat Tutorial 3.

@gadis desa
Hmmm, tak berapa jelas. Lakaran tu lukisan macam Photoshop ke apa?

@Lieyza Hamzah
Sama-sama.

Unknown said...

Yang Suka Programming PHP silakan lihat ini :

Cara Membuat Web Dinamis dengan PHP

Cara Menampilkan data dari database dengan PHP Mysqli

Video Belajar dan Tutorial PHP

Unknown said...

C:\Users\A602899\Desktop>javac mangkuk.java
'javac' is not recognized as an internal or external command,
operable program or batch file.

ni error yg ak dpt bro

An said...

@Unknown
Sedara boleh ikut video kat atas tu ya. Kena setup Environment Variable dahulu.

dreamweaver said...

salam, saya mushkil kenapa program saya tak boleh run. sedangkan operation complete. waktu nak run, dia tulis "closing yr window will kill yr program" pastu dia tulis "jGRASP wedge2: exit code for process is 1." dekat compile message

business said...

Ada wassap x?

An said...

Tak layan.

Unknown said...

Dah set envirentment....tapi x leh nak masuk gak....
'javac' is not recognized as an internal or external command,
operable program or batch file.

An said...

@NorAna Khalid

Dah tengok video Youtube tu?

Kalau tak boleh jugak, skip tutorial ni terus ke tutorial 3. Tutorial 3 nanti akan ajar guna IDE. Dia dah buat semua benda siap-siap.

Semoga berjaya. :)

Unknown said...

Assalamualaikum, erm.. dh try buat yg sama cam vid tu tp x jd la.. cmd.exe tu mne dtng nye
pening la...

An said...

@syah zeira

cmd.exe tu command prompt, kalau pakai windows cuba search command prompt di main menu.

Kalau tak boleh jugak boleh terus skip terus ke Tutorial 3.

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India