Thursday, November 17, 2011

Tutorial 11 - Logic

Sebelum ni kita hanya guna satu syarat saja untuk program buat pilihan menggunakan if statement, kali ni kita tengok macam mana nak tetapkan beberapa syarat untuk satu pilihan menggunakan logical operator.

Kita akan guna source code ni sebagai rujukan:

operasi lojik


Output dia:

Boleh masuk


Dalam source code ni kita fokus kat line 10 saja.

Logical operator yang telah kita guna kat sini adalah '&&', disebut sebagai AND atau dalam bahasa Melayu DAN.

Kalau kita letak operasi AND bermaksud semua syarat mesti dipenuhi sebelum program boleh jalankan step seterusnya, kalau takde dia akan pergi ke else(kalau ada else).

Nak bagi lebih nampak, tukar line 10 tu jadi macam ni:

if (laki > 18 && pompuan < 30)


dan apabila kita run, kita akan dapat

Boleh belah


Syarat yang pertama tu dah dipenuhi tapi syarat yang kedua tu tidak dipenuhi, akhirnya program pilih untuk jalankan step else.

Satu lagi logical operator adalah '||', disebut sebagai OR dan dalam bahasa Melayu sebagai ATAU.

Untuk demo, cuba tukar line 10 jadi macam ni

if (laki > 18 || pompuan < 30)


dan hasilnya

Boleh masuk


Untuk operasi OR ni pulak, paling kurang mesti ada SATU syarat yang dipenuhi. Dalam kes ni syarat yang pertama sudah dipenuhi, jadi dah cukuplah untuk program jalankan step yang seterusnya.

Kalau dua-dua syarat tak dipenuhi barulah program akan pilih ke else.

Jadi, itu saja untuk tutorial kali ni. Kalau ada pening kat mana-mana boleh tinggalkan komen atau hantar ke email.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India